Wednesday 26 November 2014

TIPS MEMASAK

Memasak merupakan rutin bagi setiap individu terutamanya yang berkeluarga. Tugas memasak sering kali menjadi kewajipan kaum ibu dirumah, namun bagi seorang suami kemahiran dan pengetahuan memasak juga amat penting supaya kerjasama dan tolong-menolong dapat diwujudkan didalam institusi kekeluargaan. Tidak tahu dan kurang arif tentang memasak perlu dihakis kerana mempelajari sesuatu yang baru amatlah berguna dan bermanfaat. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang memasak bagi mereka yang baru belajar memasak.

1. Memasak dengan menggunakan pengepit.
Menggoreng adalah satu perkara yang sukar bagi individu yang baru mempelajari tentang dunia masakan. Alasan takut terkena percikan minyak panas menjadi penghalang apabila ke dapur masakan. Cara yang mudah untuk mengelak dari terkena percikan minyak ini adalah dengan menggunakan penyepit menggantikan sudip. Pengepit memudahkan lagi kerja menggoreng dan mudah dikendalikan apabila hendak menterbalikan makanan yang sedang digoreng.

2. Nyalakan api yang kecil
Nyalaan api bagi dapur memasak merupakan faktor penting untuk memastikan makanan yang di masak tidak hangus atau kurang masak. Bagi individu yang baru dalam masakan kawalan api yang sederhana sahaja diperlukan dan lama-kelamaan kawalan api yang kuat  boleh dilaraskan apabila sudah mahir kelak. Jangan terburu-buru untuk mempercepatkan masakan sehingga melaraskan api yang kuat kerana masakan akan cepat hangus.

3. Jika masakan sedikit masin
Masakan sedikit masin ketika memasak sering terjadi, malah individu yang kerap memasak juga kadang-kadang melalui perkara begini. Sukatan garam untuk penambah rasa tidak sama untuk semua jenis masakan, ada juga masakan yang tidak perlu garam kerana bahan mentah yang digunakan sudah cukup kemasinannya.Cara untuk menghilangkan rasa terlalu masin ini adalah dengan menambahkan sedikit air dan masak seperti biasa. Air dari masakan itu tadi dibuang sedikit demi sedikit bagi menghilangkan rasa masin masakan.

4. Percikan minyak masak
Penggunaan minyak masak tidak dapat dielakkan dalam masakan apabila proses menggoreng dibuat. Percikan minyak yang panas dapat dielak dengan menggunakan penutup kuali sewaktu menggoreng. Penggunaan penutup kuali ini juga bukan sahaja dapat mengelakkan percikan minyak malah masakan juga akan menjadi sekata dan sempurna.


Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment