Memasak merupakan rutin bagi setiap individu terutamanya yang berkeluarga. Tugas memasak sering kali menjadi kewajipan kaum ibu dirumah, namun bagi seorang suami kemahiran dan pengetahuan memasak juga amat penting supaya kerjasama dan tolong-menolong dapat diwujudkan didalam institusi kekeluargaan. Tidak tahu dan kurang arif tentang memasak perlu dihakis kerana mempelajari sesuatu yang baru amatlah berguna dan bermanfaat. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang memasak bagi mereka yang baru belajar memasak.
1. Memasak dengan menggunakan pengepit.
Menggoreng adalah satu perkara yang sukar bagi individu yang baru mempelajari tentang dunia masakan. Alasan takut terkena percikan minyak panas menjadi penghalang apabila ke dapur masakan. Cara yang mudah untuk mengelak dari terkena percikan minyak ini adalah dengan menggunakan penyepit menggantikan sudip. Pengepit memudahkan lagi kerja menggoreng dan mudah dikendalikan apabila hendak menterbalikan makanan yang sedang digoreng.
2. Nyalakan api yang kecil
Nyalaan api bagi dapur memasak merupakan faktor penting untuk memastikan makanan yang di masak tidak hangus atau kurang masak. Bagi individu yang baru dalam masakan kawalan api yang sederhana sahaja diperlukan dan lama-kelamaan kawalan api yang kuat boleh dilaraskan apabila sudah mahir kelak. Jangan terburu-buru untuk mempercepatkan masakan sehingga melaraskan api yang kuat kerana masakan akan cepat hangus.
3. Jika masakan sedikit masin
Masakan sedikit masin ketika memasak sering terjadi, malah individu yang kerap memasak juga kadang-kadang melalui perkara begini. Sukatan garam untuk penambah rasa tidak sama untuk semua jenis masakan, ada juga masakan yang tidak perlu garam kerana bahan mentah yang digunakan sudah cukup kemasinannya.Cara untuk menghilangkan rasa terlalu masin ini adalah dengan menambahkan sedikit air dan masak seperti biasa. Air dari masakan itu tadi dibuang sedikit demi sedikit bagi menghilangkan rasa masin masakan.
4. Percikan minyak masak
Penggunaan minyak masak tidak dapat dielakkan dalam masakan apabila proses menggoreng dibuat. Percikan minyak yang panas dapat dielak dengan menggunakan penutup kuali sewaktu menggoreng. Penggunaan penutup kuali ini juga bukan sahaja dapat mengelakkan percikan minyak malah masakan juga akan menjadi sekata dan sempurna.
Selamat mencuba.
Wednesday, 26 November 2014
Monday, 24 November 2014
MENU
Kita sering kali mendengar dan melihat tentang perkataan 'menu' apabila bercerita mengenai sesebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti restoran, hotel dan sebagainya. Melangkah masuk sahaja ke sesebuah kedai atau restoran, sebuah buku atau kad yang menceritakan setiap masakan dan minuman serta harganya menjadi perkara utama untuk kita perhatikan bagi memenuhi citarasa yang kita ingini. Kita tahu itulah buku 'menu'. Mari kita ungkai perkataan sebenar dan apakah yang dimaksudkan dengan 'menu'.
![]() |
| contoh kad menu |
Menu bermaksud sekeping kad yang mencatatkan senarai masakan atau hidangan yang terdapat di sesebuah restoran itu. (dalam bahasa Perancis). Reka bentuk dan kandungan kad tersebut dipersembahkan dengan cara yang menarik (menu card) dan kreatif kerana ia melambangkan kualiti sesebuah restoran. Menu boleh dikatakan sebagai elemen yang paling penting dalam sesebuah perniagaan yang melibatkan makanan. Pembelian, pengeluaran, jualan, pengiraan kos, pengurusan pekerja mahupun susun atur dapur dan pemilihan peralatan adalah berdasarkan pada menu.
Menu mestilah berbeza mengikut kehendak pelbagai jenis pelanggan. Sebagai contoh pelanggan yang berada di hospital iaitu pesakit di hospital, menu yang perlu disediakan hendaklah bersesuaian dengan mereka. Jika pelanggan disekolah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, menu yang disediakan oleh pihak kantin perlulah mengikut kesesuaian umur pelajar dan keperluan nutrisi mereka.
|
PERANCANGAN
MENU
|
PERNYATAAN
|
|
Kehendak pelanggan
|
Memenuhi
citarasa pelanggan yang pelbagai agar tidak membosankan .
|
|
Kemampuan/konsistensi
|
Kemampuan
dan konsistensi tukang masak untuk menghasilkan kualiti makanan yang
mencukupi dan berkualiti
|
|
Peralatan
|
Peralatan
yang sesuai untuk masakan mestilah mencukupi. Item bagi menu dipilih dan
dirancang mengikut peralatan yang tersedia didapur masakan.
|
|
Ketersediaan (avaibility)
|
Ketersediaan
bahan-bahan yang diperlukan bagi menu yang ingin dimasak.
|
|
Harga
|
Faktor
dalam menetapkan harga ialah saiz porsi makanan, kualiti produk, konsistensi
dalam pembuatan produk, keunikan produk, kepelbagaian produk dan kemudahan
servis (speed of service)
|
|
Nutrisi makanan
|
Menu
yang mempunyai pelbagai kaedah masakan dengan mengekalkan kesegaran dan
kandungan nutrisi bahan makanan perlu lebih banyak ditawarkan dalam menu.
|
|
Ketepatan (accuracy in menu)
|
Para
peniaga dalam perkidmatan makanan harus jujur dan menjelaskan dengan tepat
makanan yang dijual (menu yang ditawarkan).
|
|
JENIS-JENIS
MENU
|
PERNYATAAN
|
|
A la carte menu
|
Maksud
ala carte ialah ‘dari kad’ (from the card). Menu jenis ini menawarkan pilihan
makanan bagi setiap course makanan (soups, main course dan etc) dan harga
dikenakan bagi setiap makanan tersebut secara berasingan.
|
|
Table d’hote
|
Table
d’hote bermaksud menu ‘pemilik’ (the proprietor’s table). Jumlah hidangan
biasanya terbatas.
|
|
Prix Fixe (Fixed Price Menu)
|
Menu
ini menawarkan hidangan dan harga yang tetap dan bagi setiap hidangan ia di
tentukan oleh hos. Set menu ini hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu
seperti kenduri kahwin atau majlis makan malam.
|
|
Carte du jour
|
Carte
du jour bermaksud card of the day/menu of the day. Ia menawarkan pilihan
makanan yang istimewa pada hari tersebut.
|
|
Cycle menu
|
Menu
ini berbentuk kitaran. Menu kitaran biasanya terdapat dalam institusi seperti
penjara, asrama, kantin dan lain-lain.
|
Sunday, 23 November 2014
LAMB CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE
Bahan-bahan yang digunakan
Bahan untuk perap:
- 500gm daging kambing/2 keping daging
- Sos black pepper
- Sedikit garam
Bahan
untuk membuat sos :
- 1/2 sudu black pepper
- 1 sudu mentega
- 1 kuib ayam
- Sebatang saderi-dicincang halus
- Seulas bawang besar- dicincang halus
- 2 cawan air
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu kicap cair
- 2 sudu sos tiram
- Sedikit garam
Bahan sampingan
dan hiasan :
- kentang goreng
- sebiji buah tomato
Cara-cara
- Gaulkan daging ngan sedikit garam dan sos black pepper .Kemudian perap sebentar. Setelah diperap daging dibakar dengan meletakkan sedikit mentega pada tempat yang hendak dibakar. Api jangan terlalu kuat untuk memastikan daging itu dibakar dengan sempurna
- Untuk sos black pepper/gravy - masukkan air, bawang dan batang saderi.Rebus hingga didih dan toskan.Campurkan air rebusan tadi degan mentega,kiub ayam,kicap cair,sos tiram,black pepper,garam dan tepung yg dicampur degan sedikit air untuk memekatkan sos. Masak hingga didih dan pekat.
- Hidangkan dengan kentang goreng,Hiaskan dengan hasil kreativiti dari buah tomato.
![]() |
| Persediaan bahan-bahan |
![]() |
| Bahan-bahan yang digunakan |
![]() |
| Bahan untuk perap |
![]() |
| Daging digaul bersama sos black pepper dan garam |
![]() |
| Memastikan daging dibakar sempurna |
![]() |
| Bahan-bahan untuk sos black pepper |
![]() |
| Perasa tambahan |
![]() |
| Penyediaan sos black pepper |
![]() |
| Sos black pepper yang telah siap |
![]() |
| Bahan sampingan dan hiasan |
![]() |
| Kentang digoreng |
![]() |
| Hidangan yang telah siap. Selamat mencuba. |
Saturday, 15 November 2014
Sepetang di Restaurant Pohon Kitchen
Pada petang ini diberi kesempatan untuk berada di sebuah restoran yang begitu menarik dari pandangan mata kasar. Sebuah restoran yang menampilkan gaya klasik dengan kewujudan pondok-pondok kayu beratapkan daun rumbia. Restoran yang dapat menggamit kenangan seperti di era awal 60-an.
Walaupun lokasi restoran ini terletak berhampiran jalan utama namun ketenangan masih dapat dirasai tatkala melangkah masuk ke dalam restoran. Restoran tersebut turut menyediakan landskap yang menarik dan mampu membuatkan para pengunjung restoran berasa tenang dan gembira. Di bahagian hadapan restoran, terdapat mini air terjun yang dibina menghiasi laman sederhana luas restoran. Bunyi air yang jatuh membuat fikiran tenang sambil memerhatikan ikan berenang.
Makanan barat menjadi hidangan kesukaan saya jika berada di restoran yang menyajikan hidangan seperti itu. Lamb Chop with Black Pepper menjadi kesukaan saya. Rasa daging kambing yang dibakar terasa enak di lidah dengan kelembutannya. Sos lada hitam yang menjadi bahan pencicah menambah rasa daging kambing tersebut. Hidangan sepinggan lengkap bersama salad dan kentang menampakkan satu persembahan yang agak baik walaupun ringkas. Jika berkunjung ke Guar Chempedak, Kedah bolehlah singgah di restoran ini. selamat menjamu selera..



.jpg)
Walaupun lokasi restoran ini terletak berhampiran jalan utama namun ketenangan masih dapat dirasai tatkala melangkah masuk ke dalam restoran. Restoran tersebut turut menyediakan landskap yang menarik dan mampu membuatkan para pengunjung restoran berasa tenang dan gembira. Di bahagian hadapan restoran, terdapat mini air terjun yang dibina menghiasi laman sederhana luas restoran. Bunyi air yang jatuh membuat fikiran tenang sambil memerhatikan ikan berenang.
Makanan barat menjadi hidangan kesukaan saya jika berada di restoran yang menyajikan hidangan seperti itu. Lamb Chop with Black Pepper menjadi kesukaan saya. Rasa daging kambing yang dibakar terasa enak di lidah dengan kelembutannya. Sos lada hitam yang menjadi bahan pencicah menambah rasa daging kambing tersebut. Hidangan sepinggan lengkap bersama salad dan kentang menampakkan satu persembahan yang agak baik walaupun ringkas. Jika berkunjung ke Guar Chempedak, Kedah bolehlah singgah di restoran ini. selamat menjamu selera..
.jpg)
Sunday, 9 November 2014
Alhamdullilah
Alhamdullilah....
Diberi kesempatan pada kali ini untuk menghasilkan blog untuk subjek di UPSI. Ruang dan peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi mencuba menghasilkan blog yang sebelum ini hanya dibaca tetapi tidak ditulis. Hasil nukilan dapatlah dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Harap rakan-rakan sudilah membaca...hehehhehe..
Diberi kesempatan pada kali ini untuk menghasilkan blog untuk subjek di UPSI. Ruang dan peluang ini digunakan sebaik mungkin bagi mencuba menghasilkan blog yang sebelum ini hanya dibaca tetapi tidak ditulis. Hasil nukilan dapatlah dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Harap rakan-rakan sudilah membaca...hehehhehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)










