Monday 24 November 2014

MENU

Kita sering kali mendengar dan melihat tentang perkataan 'menu' apabila bercerita mengenai sesebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti restoran, hotel dan sebagainya. Melangkah masuk sahaja ke sesebuah kedai atau restoran, sebuah buku atau kad yang menceritakan setiap masakan dan minuman serta harganya menjadi perkara utama untuk kita perhatikan bagi memenuhi citarasa yang kita ingini. Kita tahu itulah buku 'menu'. Mari kita ungkai perkataan sebenar dan apakah yang dimaksudkan dengan 'menu'.
contoh kad menu

Menu bermaksud sekeping kad yang mencatatkan senarai masakan atau hidangan yang terdapat di sesebuah restoran itu. (dalam bahasa Perancis). Reka bentuk dan kandungan kad tersebut dipersembahkan dengan cara yang menarik (menu card) dan kreatif kerana ia melambangkan kualiti sesebuah restoran. Menu boleh dikatakan sebagai elemen yang paling penting dalam sesebuah perniagaan yang melibatkan makanan. Pembelian, pengeluaran, jualan, pengiraan kos, pengurusan pekerja mahupun susun atur dapur dan pemilihan peralatan adalah berdasarkan pada menu.

Menu mestilah berbeza mengikut kehendak pelbagai jenis pelanggan. Sebagai contoh pelanggan yang berada di hospital iaitu pesakit di hospital, menu yang perlu disediakan hendaklah bersesuaian dengan mereka. Jika pelanggan disekolah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, menu yang disediakan oleh pihak kantin perlulah mengikut kesesuaian umur pelajar dan keperluan nutrisi mereka.


PERANCANGAN MENU
PERNYATAAN
Kehendak pelanggan
Memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai agar tidak membosankan .
Kemampuan/konsistensi
Kemampuan dan konsistensi tukang masak untuk menghasilkan kualiti makanan yang mencukupi dan berkualiti
Peralatan
Peralatan yang sesuai untuk masakan mestilah mencukupi. Item bagi menu dipilih dan dirancang mengikut peralatan yang tersedia didapur masakan.
Ketersediaan (avaibility)
Ketersediaan bahan-bahan yang diperlukan bagi menu yang ingin dimasak.
Harga
Faktor dalam menetapkan harga ialah saiz porsi makanan, kualiti produk, konsistensi dalam pembuatan produk, keunikan produk, kepelbagaian produk dan kemudahan servis (speed of service)
Nutrisi makanan
Menu yang mempunyai pelbagai kaedah masakan dengan mengekalkan kesegaran dan kandungan nutrisi bahan makanan perlu lebih banyak ditawarkan dalam menu.
Ketepatan (accuracy in menu)
Para peniaga dalam perkidmatan makanan harus jujur dan menjelaskan dengan tepat makanan yang dijual (menu yang ditawarkan).



JENIS-JENIS MENU
PERNYATAAN
A la carte menu
Maksud ala carte ialah ‘dari kad’ (from the card). Menu jenis ini menawarkan pilihan makanan bagi setiap course makanan (soups, main course dan etc) dan harga dikenakan bagi setiap makanan tersebut secara berasingan.
Table d’hote
Table d’hote bermaksud menu ‘pemilik’ (the proprietor’s table). Jumlah hidangan biasanya terbatas.
Prix Fixe (Fixed Price Menu)
Menu ini menawarkan hidangan dan harga yang tetap dan bagi setiap hidangan ia di tentukan oleh hos. Set menu ini hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin atau majlis makan malam.
Carte du jour
Carte du jour bermaksud card of the day/menu of the day. Ia menawarkan pilihan makanan yang istimewa pada hari tersebut.
Cycle menu
Menu ini berbentuk kitaran. Menu kitaran biasanya terdapat dalam institusi seperti penjara, asrama, kantin dan lain-lain.

1 comment: