Ulam-ulaman
mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan
sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang sangat
diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat.
Khasiat yang terdapat dalam ulam-ulaman ini dapat menyelenggara
tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulaman
biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh
sendiri di hutan-hutan yang berhampiran.
Apabila
pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus
menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar
diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. Namun, teknologi terkini dalam bidang
pertanian membolehkan ulam-ulaman dan tumbuhan herba ditanam secara komersial
dan mula dipasarkan ke seluruh negara. Mari kita mengenali serba sedikit jenis
ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.
BANGUN-BANGUN
NAMA SAINTIFIK : Plectranthus
amboinicus
KHASIAT : Bangun-bangun
dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit,
asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut,
batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi
meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan
mendapatkan kesan antioksidan.
CARA PENGGUNAAN : Ia selalunya
dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional.
Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal
belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis,
lemak sedikit pedas serta berangin.
BAYAM
NAMA SAINTIFIK : Amaranthus spp.
KHASIAT : Bayam dipercayai memberi khasiat kepada
kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang
darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam
tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan
memperkuatkan fungsi hati.
CARA PENGGUNAAN :Bayam digunakan
sebagai sayuran segar dan ditumis atau di buat masak air sup. Ia juga
mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk
kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani
dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.
BEBUAS
NAMA
SAINTIFIK : Premna Spp
KHASIAT :
Bebuas boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat
badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem
pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak
yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya.
CARA
PENGGUNAAN : Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan.
Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi
menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan
dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain.
Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.
NAMA SAINTIFIK : Pluchea indica.
KHASIAT : Beluntas boleh dimakan
bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu,
nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal,
sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk
awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh
CARA PENGGUNAAN : Pucuknya
dijadikan sebagai ulam dan boleh juga sebagai salah satu ramuan untuk nasi kerabu.
Rasanya masam-masam manis dan berangin serta berbau harum.
NAMA SAINTIFIK : Abelmoschus
esculentus
KHASIAT : Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya
memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan
bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil,
mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati
penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk
disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.
CARA PENGGUNAAN : Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat
dan rawatan sakit kerongkong. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai
ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
NAMA SAINTIFIK :Brassica
oleracea var. botrytis
KHASIAT :Khasiat kubis bunga adalah sebagai anti kanser iaitu dengan melambatkan perkembangan
kanser. Ia juga berkhasiat untuk mengubati masalah sakit kepala dan stress
CARA PENGGUNAAN : kubis bunga
dianggap sayuran untuk masakan Barat, tetapi ia dapat bergabung dengan campuran
rempah yang pedas. Bergantung pada cara ia dimasak, teksturnya boleh jadi
selembut mentega atau rapuh dan rangup.
NAMA SAINTIFIK : sauropus androgynus
KHASIAT : Cekur manis yang dijuskan juga mujarab untuk mengubati
sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.
CARA PENGGUNAAN : Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan
kepada ibu-ibu mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas
melahirkan anak.Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan menampal pada
payu dara si ibu.
HALIA
NAMA SAINTIFIK : Zingiber officinale Roscoe
KHASIAT : Halia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin
dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah,
cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah,
mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit
pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air
berlendir, dan darah haid berbau hamis
CARA PENGGUNAAN : Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan
hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin.
Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari,
kosmetik dan ubatan.
KEMANGI
NAMA SAINTIFIK : Ocimum basilicum
KHASIAT : Dalam perubatan tradisional, ia dapati boleh meredakan lelah/asthma,
bronkitis, batuk, selsema, demam dan juga masalah penghadaman.
CARA PENGGUNAAN : Daunnya yang ditumbuk lumat, ditampal di badan untuk
nerawat gigitan serangga, kurap. Daun yang telah dikeringkan boleh dijadikan
teh untuk merawat loya-loya, angin dalam perut serta berak darah. Bunganhya
yang diadun dengan manisan lebah boleh mengurangkan sakit urat. Bijinya pun
berguna untuk merawat penyakit /masalah buang air kecil. Akarnya pun berguna
untuk merawat demam.
NAMA SAINTIFIK : Brassica oleracea
KHASIAT : kubis dapat membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala,
reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan. Vitamin A
membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan
penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.
CARA PENGGUNAAN : Asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
CARA PENGGUNAAN : Asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
NAMA SAINTIFIK : Kaempferia galanga
KHASIAT : Kencur berkhasiat untuk mengurangkan penyakit
migraine, asthma, batuk, sakit kepala dan dapat menghilangkan jerawat.
CARA PENGGUNAAN : Kencur
adalah tanaman rempah yang sangat berguna dan boleh dijadikan minuman segar
setiap hari dismpaing dapat menjaga suara.
NAMA SAINTIFIK : Curcuma longa L.
KHASIAT : Kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Curcumin
mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang
yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi
memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel
kanser.
CARA PENGGUNAAN : Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal
di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat
pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga
kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.
NAMA SAINTIFIK : Daucus
carota subsp. sativus
KHASIAT : Lobak sangat baik untuk sistem limpa dan perut. Ia
juga memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan.
Lobak juga menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan
berlebihan dari badan kita. Lobak juga sangat terkenal dengan sifat antikanser.
CARA PENGGUNAAN
: Merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam umbi. Ia
digunakan oleh manusia sebagai makanan. Warnanya jingga, namun
warna ungu, merah, putih dan kuning juga wujud. Teksturnya rangup ketika segar.
NAMA SAINTIFIK : Corchorus olitorius
KHASIAT : Akarnya manis, pahit dan sejuk. Berkhasiat untuk
mengurangkan, penawar racun,menhilangkan bengkak
CARA PENGGUNAAN : Mulukhiyah
sejenih tumbuhan berdaun
daripada spesies Corchorus. Ia banyak digunakan sebagai sayuran makanan diTimur Tengah, Afrika Timur dan Utara, dan Asia Selatan.
NAMA SAINTIFIK : Melastoma malabathricum
KHASIAT : Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai
perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat
mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang
mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).
CARA PENGGUNAAN : Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur
dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk
mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting
senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk
diminum airnya.
TENGGEK BURUNG
NAMA SAINTIFIK : Euodia ridleyi
KHASIAT : Pucuk
Tenggek burung berkhasiat
dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka
selera makan. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru
lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. Ia juga dipercayai dapat menurunkan
tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan
peraliran darah.
CARA PENGGUNAAN : Daun yang dimakan adalah
daun muda. Rasanya sedikit kelat dan sesuai dijadikan sebagai ulam. Seperti tongkat ali,
tenggek burung juga pokok herba sesuai untuk lelaki juga mampu membantu wanita
terutamanya wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim.
NAMA SAINTIFIK : Clerodendrum serratum (L.) Moon
KHASIAT : Timba tasik dikatakan amat baik bagi kaum wanita terutamanya setelah
melahirkan anak untuk memulihkan kembali kesihatan tubuh badan jika mengamalkan
makan pucuknya.
CARA PENGGUNAAN : Ia dalah
tumbuhan renek yang tumbuh liar serta mudah kelihatan di sekitar kampung.
Batang pokok timba tasik separa kayu dan mempunyai banyak cabang setelah
dicantas. Daunnya berbentuk bujur lonjong serta bergerigi ditepinya dan
kelihatan urat daun berpasangan yang jelas. Aroma pahitnya agak kuat, namun
sesetengah masyarakat Melayu memakan pucuknya sebagai ulaman.
NAMA SAINTIFIK : Manihot
Esculenta Crantz
KHASIAT : Ubi kayu mempunyai kandungan mineral seperti kalsium,
serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C.
Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.
CARA PENGGUNAAN : Pada
masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih.
Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium
sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh
dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Ubi
kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu
juga digunakan dalam industri makanan.
BETIK
CEMPERAI
CEMUMAR
POKOK KARI
GETI BUNGA PUTIH
PISANG
KEDONDONG/AMRA
KELOR
MATA AYAM
MENGKUDU
MULBERI
NAMA SAINTIFIK : Psophocarpus tetragonolobus
NAMA SAINTIFIK : Vigna unguiculata sesquipedalis
NAMA SAINTIFIK : Cucumis sativus
NAMA SAINTIFIK : Smilax myosotifolia
CARA PENGGUNAAN : Buah tomato digunakan dalam pelbagai cara, termasuk mentah, sebagai bahan dalam masakan, sos, minuman dan kegunaan luaran.
CARA PENGGUNAAN : Tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
CARA PENGGUNAAN : Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
BETIK
NAMA SAINTIFIK : Carica papaya
KHASIAT : Buah
betik yang ranum kaya dengan vitamin C,
mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air,
protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin,
riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi
melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.
CARA PENGGUNAAN : Betik
matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga
mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak
digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan
penyediaan ‘chewing gum’CEMPERAI
NAMA SAINTIFIK : Champereia griffihii
KHASIAT : Cemperai dikatakan baik untuk mengubati ulser dan
sakit sendi tulang. Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk
mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi
tulang.
CARA PENGGUNAAN : Pokok cemperai jarang ditanam dan kebanyakan tumbuh liar di hutan. Di kampung pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk keperluan dapur. Pokok ini mudah dibiakkan dengan menyemai bijinya atau dengan keratan batang. Biji daripada buah yang cukup masak disemai dalam kotak semaian yang diisi dengan pasir yang bersih.
CARA PENGGUNAAN : Pokok cemperai jarang ditanam dan kebanyakan tumbuh liar di hutan. Di kampung pokok ini ditanam di sekitar rumah untuk keperluan dapur. Pokok ini mudah dibiakkan dengan menyemai bijinya atau dengan keratan batang. Biji daripada buah yang cukup masak disemai dalam kotak semaian yang diisi dengan pasir yang bersih.
CEMUMAR
NAMA SAINTIFIK : Micromelum Pubescens
KHASIAT : Daunnya
yangn panas dan biasa digunakan bagi memeram buah-buahan seperti nangka,
cempedak dan pisang. Pucuk muda biasanya dijadikan ulam. Dan bahagian yang jadi
pilihan penggemar ulaman ialah bunganya yang belum berkembang.
CARA PENGGUNAAN : Sesetengah orang mempercayai baunya yang kuat boleh digunakan bau menghalau hantu tetapi belum ada kajian yang menyatakan hantu takut kepada bau. Pokok ini tergolong dalam keluarga yang sama dengan pokok kari iaitu Rutaceae.
CARA PENGGUNAAN : Sesetengah orang mempercayai baunya yang kuat boleh digunakan bau menghalau hantu tetapi belum ada kajian yang menyatakan hantu takut kepada bau. Pokok ini tergolong dalam keluarga yang sama dengan pokok kari iaitu Rutaceae.
POKOK KARI
NAMA SAINTIFIK : Murraya
Koenigii
KHASIAT : Daun ini mempunyai
banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam
masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan
sebagainya lagi. Berasal dari negara India danSri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam
zon tropika.
CARA PENGGUNAAN : Pokok Kari ialah
sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6meter. Ia sering ditanam
di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam
masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.
GETI BUNGA PUTIH
NAMA SAINTIFIK : Sesbania
grandiflora syn.
KHASIAT : Masyarakat
desa menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh
mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar
pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak.
CARA PENGGUNAAN : Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang
dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur
ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
PISANG
NAMA SAINTIFIK : Musa spp.
KHASIAT : Dalam
perubatan tradisional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam
badan seperti jantung,hati, paru-paru dan limfa.
CARA PENGGUNAAN : Buah pisang boleh dimakan masak begitu
sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat
sira, dibuat pengat pisang,
dan dijadikan kerepek.
Selain buah pisang, jantung
pisang juga boleh
dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
KEDONDONG/AMRA
NAMA SAINTIFIK : Canarium
spp
KHASIAT : Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong
yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar,
pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang
sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.
CARA PENGGUNAAN : Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di hilir Perak.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah
kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana
tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal
ini.
KELOR
NAMA SAINTIFIK : Moringa
Oleifera
KHASIAT : Daun kelor mempunyai protein yang tinggi. Daun
kelor diramas dan boleh menutup luka. Ia juga boleh dijadikan bedak untuk kecantikan
kulit wajah iaitu dengan menggilingkannya.
CARA PENGGUNAAN : Daun kelor mempunyai kalsium, protein,
potassium, Vitaman A dan vitamin C yang tinggi dan kerana itulah daun kelor
dikatakan daun yang kaya dengan nutrien.
MATA AYAM
NAMA SAINTIFIK : Ardisia
Crispa
KHASIAT : Daun pokok mata
ayam yang dilumatkan dan ditampal pada bisul dapat digunakan untuk merawat
bisul. Manakala daun muda dan pucuknya yang dihancurkan dan digunakan sebagai
syampu dapat menghilangkan kelemumur
CARA PENGGUNAAN : Pucuk muda
pokok mata ayam boleh dijadikan ulam. Buahnya yang berbentuk beri juga boleh
dimakan. Bahagian buah yang boleh dimakan adalah kulitnya, biji buah mata
ayam agak keras dan besar. Rasanya manis dan sedikit kelat. MENGKUDU
NAMA SAINTIFIK : Morinda
spp
KHASIAT : Khasiat buah mengkudu untuk sistem pernafasan
adalah seperti melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan
hingus meleleh. Untuk sistem penghadaman pula adalah untuk perut kembung,
ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah
keracunan makanan.
CARA PENGGUNAAN : Pokok
Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga
digunakan sebagai ubat tradisional.
MULBERI
NAMA SAINTIFIK : Morus Alba
KHASIAT : Buah Mulberi
merupakan buah yang mampu mencapai kepanjangan 2-3 cm dan
1 cm meter lebar, berwarna merah bila masih mudah dan ungu tua bila ranum, dan
ia enak dimakan segar. Ia juga dapat mengurangkan masalah kencing manis dan darah tinggi.
CARA PENGGUNAAN : Mulberi juga terkenal akan penggunaan
dedaunannya yang digunakan sebagai makanan ulat sutera.
Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies Mulberi,
batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marbel kerana
kuat dan keras.
ARA TANAH
NAMA SAINTIFIK : Curcuma
Caesia
KHASIAT : Bahagian pokok ara juga digunakan untuk
merawat penyakit kulit. Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air
dan ditampal ditempat yang berpenyakit. Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara
tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh
dimakan, boleh menyebabkan keracunan
CARA PENGGUNAAN : Pokok ini
mudah dikenali kerana ia mempunyai getah berwarna putih, daunnya tumbuh
berpasang. Sering digunakan oleh surirumah di kampung-kampung untuk merawat
penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.
ASAM GELUGUR
NAMA SAINTIFIK : Garcinia
atroviridis Griff
KHASIAT : Buah asam
gelugur mengadungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat,vitamin dan mineral.
Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi
serat, karbohidrat,alkoloid, vitamin dan mineral. Dengan
memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi,
merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit
jantung. Buah, bunga dan pucukmya
boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
CARA PENGGUNAAN : Buah asam gelugur yang telah siap
diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan
bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang
terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat
masam.
POKOK BALIK ANGIN
NAMA SAINTIFIK : Mallothus
biaceae
KHASIAT : Air yang diramas
dengan daunnya untuk membersih luka. Manakala air rebusan akarnya yang dicampur
dengan herba lain dijadikan sebagai herba bersalin.
CARA PENGGUNAAN : Habitatnya
di kawasan terbuka. Ciri-Ciri Istimewanya adalah daunnya berbentuk seperti hati dan bahagian
bawahnya berwarna putih dan ianya jelas kelihatan apabila daunnya yang terbalik
ditiup oleh angin.
BONGLAI
NAMA SAINTIFIK : Oroxylum
indicum
KHASIAT : Kulit bonglai juga
digunakan dalam ubatan tradisional bersama tumbuhan herba lain sebagai ubat
sakit pinggang, membuang angin, buasir, lemah jantung, menguruskan badan,
tonik, sakit lutut, kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat. Ramuan yang
bercampur dengan akar bonglai boleh digunakan sebagai ubat untuk batu karang,
sembelit angin, kayap dan panas badan.
CARA PENGGUNAAN : Daun
bonglai yang direbus boleh diminum sebagai ubat sakit perut, peransang selera,
sengal-sengal tulang dan demam panas atau luka. Manakala air rebusan bonglai
juga boleh digunakan sebagai ubat untuk demam panas, penyakit taun, lepas
bersalin dan sakit sendi. Daun yang ditumbuk lumat ditampal pada kulit untuk
meredakan sakit kepala dan sakit gigi.
GAJUS
NAMA SAINTIFIK : Anacardium
occidentale
KHASIAT : Buah
gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A,
B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur. Manakala daunya pula mengandungi
tanin-galat dan flavonol. Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan,
darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah.
CARA PENGGUNAAN : Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh
mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir,
supaya tidak hangus, sebelum dimakan. Pucuk muda gajus berwarna merah boleh
dimakan mentah dicecah bersama sambal
belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain.
Rasanya lemak-lemak kelat
JERING
NAMA SAINTIFIK : Archidendron jiringa (
Jack ) Nielsen
KHASIAT : Bijinya
mengandungi air, protein, karbohidrat, abu, lemak, gentian, asid jenkolik,
serat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C, minyak (mengandungi belerang,
alkaloid yang melawaskan buang air kecil). Pucuk - mengandungi karbohidrat,
alkaloid, serat, air, mineral dan vitamin. Dikatakan biji dan daun muda dimakan
bagi merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, lawas buang air
kecil serta besar, dan tiada selera makan.
CARA PENGGUNAAN : Dari segi perubatan pula, biji jering
mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air
kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar
yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana
kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
KAYU MANIS
NAMA SAINTIFIK : Cinnamomum
zeylanicum
KHASIAT : Pakar perubatan zaman
pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk,
serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia juga
mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh
itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh
digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak
pedih.
CARA PENGGUNAAN : Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh
digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Untuk
masakan barat, serbuknya digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal. Kulit kayu manis juga digunakan
untuk membuat wangian.
KELADAN
NAMA SAINTIFIK : Dryobalanops
oblongifolia dyer
KHASIAT : Rasanya sedikit pahit, rangup dan kadang-kadang
kelat. Biasanya dijodohkan dengan sambal tempoyak, sambal belacan atau sambal
hitam. Tentang khasiatnya secara khusus, saya belum berjumpa setakat ini.
Umumnya, semua ulam mempunyai khasiat tersendiri dalam meningkatlkan tahap
kesihatan.
CARA PENGGUNAAN :
Bahagian yang dijadikan ulam adalah buahnya. Oleh kerana pokoknya sangat tinggi
iaitu sepsis balak, maka buah yang diperolehi selalunya buah yang gugur diatas
tanah.
KERDAS/GENUAK
NAMA SAINTIFIK : Archidendron
bubalinum
KHASIAT : Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera
makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini.
Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk
luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam
hutan.
CARA PENGGUNAAN :
Kerdas atau genuak merupakan sejenis buah dari pokok Kerdas yang
sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan
bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jering. Pokok Kerdas merupakan
sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.
NANGKA
NAMA SAINTIFIK : Artocarpus
heterophyuus Lam
KHASIAT : Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat
jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak
gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.
CARA PENGGUNAAN : Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak
terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini
berasal dari India dan Asia Tenggara.Biji
nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan tepung
yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit
kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.
PALA
NAMA SAINTIFIK : Myristica argentea
KHASIAT : Bahagian perikarpnya,
walaupun terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, ia boleh
diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Manakala biji dan aril
atau ‘mace’ boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari ‘mace’
ini digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi
perisa pelbagai jenis sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan
sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek dan masakan
yang menggunakan susu.
CARA PENGGUNAAN :
Beberapa produk komersil yang lain juga dihasilkan oleh Pokok Pala, termasuk minyak pati, oleoresin tersari, dan mentega buah pala
PETAI
NAMA SAINTIFIK : Parkia
speciosa - Hassk
KHASIAT : Pemakanan biji petai berbeza
mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya
tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
CARA PENGGUNAAN : Kandungan kalium dalam
petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah
tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang
baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku.
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini
dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan
susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap
seimbang.
PETAI BELALANG
NAMA SAINTIFIK : Leucaena leucocephala
KHASIAT : Buahnya
berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis. Buahnya
berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Di
sesetengah tempat di Indonesia bijinya
dijadikan tempe. Tumbuhan ini sukakan cahaya matahari yang
cukup dan membiak melalui biji benih.
CARA PENGGUNAAN : Pokok petai belalang semakin mendapat
tempat dalam memulihkan tanah, mengawal hakisan, pemuliharaan air, penghutanan
semula dan pengurusan tanah, dan baik sebagai tanaman penutup bumi dan tanaman baja hijau. Penggunaan daunnya sebagai
sungkupan pada tanaman dikatakan berjaya meningkatkan hasil tanaman tersebut
secara signifikan.
PUTAT
NAMA SAINTIFIK : Barringtonia
Racemosa
KHASIAT : Kebanyakan pokok
yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan
darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya
mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah
herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.
CARA PENGGUNAAN : Buahnya
boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka
bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya
dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. Akar
Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.
POKOK SERAI KAYU
NAMA SAINTIFIK : Syzygium
polyanthum
KHASIAT : Serai
kayu atau pokok samak ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis serta
darah tinggi. Air rebusannya yang kelat dipercayai dapat menurunkan kadar gula
dalam darah.
CARA PENGGUNAAN : Kebiasannya penggemar nasi ulam (nasi kerabu) mencampurnya dengan dedaun ulaman seperti ulam raja serta pelbagai dedaun yang boleh dugaul secara mentah. Rasanya kelat, lemak dan sedikit manis.
CARA PENGGUNAAN : Kebiasannya penggemar nasi ulam (nasi kerabu) mencampurnya dengan dedaun ulaman seperti ulam raja serta pelbagai dedaun yang boleh dugaul secara mentah. Rasanya kelat, lemak dan sedikit manis.
SALANG
NAMA SAINTIFIK : Claoxylon
longifolium
KHASIAT : Ulaman
salang ini berkhasiat untuk mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan
diabetis. Daunya direbus dan air rebusannya diminum.
CARA PENGGUNAAN : Sayur
salang ini kebiasaanya di buat masak lemak dengan santan kelapa atau dibuat
sayur manis. Ada juga menjadikannya sebagai ulam setelah mencelur terlebih
dahulu.
KACANG BOTOR
NAMA SAINTIFIK : Psophocarpus tetragonolobus
KHASIAT :
Daun kacang botor boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci
mata yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun
ditumbuk lumat dan ditampa pada bisul. Daun dan biji kacang botor dimasak dan
dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar
direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo.
CARA PENGGUNAAN : Bunga sering digunakan
untuk mewarnakan beras dan pastri. Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam. Ubinya yang mempunyai perisa
seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang.
Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang.
KACANG PANJANG
NAMA SAINTIFIK : Vigna unguiculata sesquipedalis
KHASIAT : Kacang
panjang amat berkhasiat untuk merawat reumatik, arthritis dan gangguan saluran
kencing. Ia juga berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu
pemulihan luka bakar, gangguan ginjal dan gatal-gatal.
CARA PENGGUNAAN :
Kacang
panjang juga berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi
hipertensi, memperkecil risiko strok dan serangan jantung, meningkatkan fungsi
organ pencernaan, dan mengatasi sembelit.
PERIA KATAK
NAMA SAINTIFIK : Momordica
charantia
KHASIAT : Peria katak mempunyai
pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi
untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India,
CARA PENGGUNAAN : Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat
disyorkan untuk pesakit kencing manis.
Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat
kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
SEKENTUT
NAMA SAINTIFIK : Paederia
foetida
KHASIAT : Daun sekentut mujarab untuk membuang angin. ia juga boleh membantu mengubati
sakit perut dan bisa-bisa sendi.
CARA PENGGUNAAN : Daun
sekentut dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia
muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum
direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di
kepala dan dibiarkan kering.
TIMUN
NAMA SAINTIFIK : Cucumis sativus
KHASIAT : Penyakit
sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat
menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau
yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air
besar.
CARA PENGGUNAAN : Biji timun mengandungi racun
alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang
kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk ,
penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun
dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat
mengembalikan suara yang hilang.
UBI JAGA
NAMA SAINTIFIK : Smilax myosotifolia
KHASIAT : Daun
dan buahnya digunakan bagi merawat siflis di Malaysia.
CARA PENGGUNAAN : merupakan sejenis ubi yang boleh dimakan. Ia
juga dikenali sebagai akar ali, akar tanding, akar dedingin,
akar restung,
akar
bertinggung, keranting, itah besi, akar ding,
ubi besi,
ubi dawai,
elek besi,
tahi besi,
sedawai,
atau dedawai berisi.
AKAR SOM
NAMA SAINTIFIK : Talinum
paniculatum Gaertn
KHASIAT : Pokok herba akar som mempunyai khasiat perubatan.
Hampir semua bahagian pokok herba ini boleh dimakan. Akar som diguna sebagai
aphrodisiac untuk meningkatkan kecergasan badan. Ia juga digunakan bagi merawat
masalah hati dan masalah buah pinggang, buasir, cirit birit, haid yang tidak
teratur dan keputihan. Ia juga diambil untuk mengeluarkan peluh. Herba akar som
boleh meningkat aliran susu badan bagi ibu yang menyusu.
CARA PENGGUNAAN : Daun akar som boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad.
Ia juga boleh digoreng dan dimasak sup.
CEKUR
NAMA SAINTIFIK : Kaempferia galanga Linn
KHASIAT : Ia popular di kalangan
ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim.
Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan
meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai
antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia
dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.
CARA PENGGUNAAN : Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu
dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan
kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun
pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan
seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila
dimakan.
GELI-GELI
NAMA SAINTIFIK : Lasia spinosa thwaites
KHASIATNYA : Daun
geli-geli mengandungi air, karbohidrat, serat, alkaloid, mineral, musilaj,
protein, kalsium, kalium, zink, ferum dan vitamin. Ia dikatakan
dapat merawat sakit perut, sembelit, buasir, gout, sakit pinggang, air pelut
tidak lawas, dan rawatan selepas bersalin.
CARA PENGGUNAAN : Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebuskannya dan dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau
cecahan yang lain. Rasanya lemak, sedap seakan-akan rasa asparagus.
KADUK
NAMA SAINTIFIK : Piper sarmentosum
KHASIAT : Daunnya mujarab untuk
merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga
berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakitpinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
CARA PENGGUNAAN : Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing
KANGKUNG
NAMA SAINTIFIK : Ipomoea spp
KHASIAT : Kajian yang dilakukan
terhadap tikus mengandung
dengan diabetes-cetusan
menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di
usus.
CARA PENGGUNAAN : Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana
kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia
boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong
sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.
KELEDEK
NAMA SAINTIFIK : Ipomoea batatas
KHASIAT : Daun dan buahnya digunakan bagi merawat
siflis di Malaysia
CARA PENGGUNAAN : Merupakan
sejenis ubi yang boleh dimakan. Ia juga dikenali sebagai akar ali, akar tanding, akar dedingin, akar restung, akar bertinggung, keranting, itah besi, akar ding, ubi besi, ubi dawai, elek besi, tahi besi, sedawai, atau dedawai berisi.
KESUM
NAMA SAINTIFIK : Polygonum minus
KHASIAT : Dapat
mengekalkan stamina, susuk tubuh yang menarik serta awet muda
CARA PENGGUNAAN : Terdapat bahagian pokok daun kesum yang boleh diambil untuk
dijadikan makanan. Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang
sungguh menyelerakan.
KETUMBAR
NAMA SAINTIFIK : Coriandrum sativum
KHASIAT : Daun
ketumbar bertindak sebagai perangsang dan tonik. Ia dikatakan mampu menguatkan
perut dan merangsang pencernaan, meningkatkan rembesan dan pengeluaran air kencing
serta mengurangkan demam. Daun ini juga bertindak sebagai afrosidiak dan
dikatakan mampu membantu dalam pembuangan kahak.
CARA PENGGUNAAN : Daun
ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan
(khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun
ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun
ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus
sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa
ketumbar.
MAMAN
NAMA SAINTIFIK : Cleome gyandra
KHASIAT : Daun maman yang
dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang
boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang
gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala).
Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi
melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
CARA PENGGUNAAN : Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara
kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan
minuman.
PATAWALI
NAMA SAINTIFIK : Tinospora Crispa Miers
KHASIAT : Batang patawali digunakan
untuk merawat sakit perut,demam,tekakan darah tinggi,kencing manis dan juga
penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.Ia juga mujarab bagi mengatasi
masalah cacing di kalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya,kemudian
ditapis dan airnya diminum segelas sehari.
CARA PENGGUNAAN : Air rebusan patawali juga boleh membersihkan darah,berkesan
dalam menjauhkan jangkitan virus dan bakteria serta mujarab untuk membunuh
kuman dan menyembuhkan luka.Caranya adalah dengan menumbuk batangnya hingga
halus kemudian dicampur dengan belerang sebelum disapu di bahagian luka.Kajian
saintifik yang dijalankan ke atas patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi
sejenis bahan dipanggil jattrorrhizine yang dikatakn mujarab untuk menjauhkan
penyakit demam malaria.
PEGAGA
NAMA SAINTIFIK : Centella asiatica
KHASIAT : Pegaga dipercayai mempunyai kelebihan
dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu
dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda. Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional
sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk.
Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk
mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan
gigitan ular.
CARA
PENGGUNAAN : Daun pegaga boleh dimakan mentah atau
dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan.
Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada
kesihatan tubuh badan
SIRIH
NAMA SAINTIFIK : Piper Betel Linn
KHASIAT : Daunnya digunakan untuk
pelbagai tujuan,paling ketara sebagai ramuan perubatan.Dalam rawatan
tradisional,sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit.
CARA PENGGUNAAN : Ia juga digunakan untuk merawat hidung
berdarah.Daunnya dilipat dan digulung kecil-kecil kemudian dimasukkan ke dalam
hidung yang berdarah.Baring dan dongakkan kepala dan pendarahan akan berhenti
tidak lama kemudian. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi.Daun
sirih yang disapu sedikit kapur dikunyah bersama-sama gambir dan pinang di
sebelah gigi yang sakit.
BELIMBING BULUH
NAMA SAINTIFIK : Averrhoa belimbi linn
KHASIAT : Jus buah belimbing buluh
berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi,kencing manis dan pitam. Belimbing buluh juga berkesan untuk
melegakan masalah batuk.Caranya adalah dengan merebus buah,daun dan bunga
belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang.Bunga belimbing buluh
juga mujarab untuk merawat sakit gigi.
CARA
PENGGUNAAN : Tumbuhan yang berasal dari keluarga oxalidaceae berkesan untuk
melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat.Buahnya diparut kemudian
dicampur dengan sedikit garam dan sapu ke kulit muka.
BULUH MADU
NAMA SAINTIFIK : Gigantochloa albociliata
KHASIAT : Bulu madu baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit
dan kanser kolon.
CARA PENGGUNAAN : Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya
dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu
atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh
mengurangkan kadar kolestrol.
ULAM RAJA
NAMA SAINTIFIK : Cosmos caudatus
KHASIAT : Ulamnya yang digelarkan
"ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang.
CARA PENGGUNAAN : Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang
berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang
berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan
sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah denganbudu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
TERUNG
NAMA SAINTIFIK : Solanum
melongena L.
KHASIAT : Kajian
menunjukkan bahawa terung mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan
skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.
CARA PENGGUNAAN : Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga
kecantikan muka. Terung dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan
jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.
TERUNG TELUNJUK
NAMA SAINTIFIK : Solanum spp.
KHASIAT : Keseluruhan
bahagian pokok daripada bahagian buah, daun hingga ke akar pokok ini boleh
digunakan untuk mengubati beberapa jenis penyakit. Ia didakwa mampu merawat
beberapa penyakit seperti masalah semput, sakit gigi, bengkak gusi dan
melegakan batuk.
CARA PENGGUNAAN : Terung
Telunjuk ini
merupakan sejenis terung yang sering dicelur untuk dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan. Ia juga sering dimakan sebagai ubat.
TERUNG PIPIT
NAMA SAINTIFIK : Solanum torvum
KHASIAT : Buahnya mengandungi banyak
khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan
kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat
mengubati retak kulit pada kaki
CARA PENGGUNAAN : Buah terung pipit pula enak dijadikan
ulam atau dimasak sambal dan jika kerap dimakan ia mampu mengurangkan tekanan
darah tinggi. Masyarakat kampong biasanya mencampurkan daun terung pipit dalam
masakan untuk menambah selera.
TOMATO
NAMA SAINTIFIK : Solanum lycopersicum
KHASIAT : Tomato mempunyai kebaikan
antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai
kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantungCARA PENGGUNAAN : Buah tomato digunakan dalam pelbagai cara, termasuk mentah, sebagai bahan dalam masakan, sos, minuman dan kegunaan luaran.
PUCUK PAKU
NAMA SAINTIFIK : Stenochlaena palustris
KHASIAT : Pengambilannya
sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap
100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A
(beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun
malam. CARA PENGGUNAAN : Tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
SADERI
NAMA SAINTIFIK : Apium
graveolens
KHASIAT : Saderi dapat mengubati
keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria dan mengubati
tekanan darah tinggi.CARA PENGGUNAAN : Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.